Tajuk : Kemunculan Dajal dan Ya’juj Ma’juj
Penulis : Maulana Muhammad Ali
Penerbit : Pustaka Azhar, Johor Bahru, Johor
ISBN : 978-985-40212-7-0
Ulasan Editor:
Buku ini memuatkan perbincangan mengenai suatu topik menarik yang sejak dahulu menjadi perbincangan yang tidak kurang pentingnya di kalangan para ulama. Iaitu di sekitar hadith-hadith Nabi Sallallahua'alaihi wasallam yang menyebut mengenai Dajal dan Ya'juj Ma'juj. Ramai di kalangan kaum muslimin mengetahui persoalan ini, namun di sekitar perbincangan yang sangat terhad.
Umumnya diketahui oleh kaum muslimin bahawa Dajal berupa suatu makhluk besar bermata satu, menjadi fitnah terhadap kaum muslimin yang keluar di akhir zaman nanti. Begitu juga Ya'juj Ma'juj yang difahami sebagai suatu gombolan bangsa yang menakutkan memusnahkan seluruh kehidupan manusia.
Maulana Muhamad Ali telah berupaya membongkar dan membicarakan mengenai siapasebenarnya Dajal Ya'juj dan Ma'juj bedasarkan ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith Nabi Sallallahu'alaihi wassalam. Beliau mengupas satu demi satu hadith-hadith yang akhirnya mendapat rumusan bahawa satu golongan umat manusia yang gigih menjajah dan menindas umat Islam sejak dahulu sehingga kini.
Ulasan Saya:
Membaca buku ini mengingatkan saya tentang buku yang bertajuk 'Benarkah Iskandar bukan Zulqarnain' nukilan saudara Afareez Abd Razak yang pernah dibaca sebelum ini. Kedua-dua buku ini ada membicarakan tentang Ya'juj Ma'juj tetapi pendekatan dan ulasan yang digarapkan oleh kedua-dua penulis adalah sangat berbeza.
Buku karangan saudara Maulana Muhammad Ali ini lebih membicarakan tentang kemunculan Dajal dan Ya'juj Ma'juj berdasarkan al-Quran dan al-Hadith dengan mengungkap siapakah Dajal dan Ya'juj Ma'juj itu.Terdapat banyak isu yang menarik yang dikupas di dalam buku ini yang mana perbicangannya turut diselitkan dengan kadaan semasa masyarakat Islam pada masa kini. Antara yang menarik adalah seperti Dajal dan anak luar nikah, lelaki seperti wanita dan wanita seperti lelaki dan pengaruh Dajal terhadap wanita.
Selain itu, penulis juga turut menyelitkan perbincangan kewujudan Ya'juj Ma'juj daripada perspektif agama lain yang dibincangkan melalui beberapa ayat yang terdapat di dalam kitab Bible. Sebagai contoh terdapat ulasan di dalam Kitab Yahezkiel (38:1-4) yang berbunyi "Dan lagi datanglah firman Tuhan kepadaku, berbunyi: Hai anak Adam! Tunjukkanlah mukamu kepada Juj dan tanah majuj, raja Rus, Masekh dan Tubal, dan bernubuatlah akan halnya. Katakanlah: Demekian firman Tuhan Hua. Bahawasanya Aku membalas kepadamu kelak, hai Juj, raja Rus, masekh dan Tubal. Dan kubawa akan dikau berkeliling dan kububuh kait pada rahangmu..." Juj di yang diterangkan didalam ayat ini merujuk kepada Ya'juj manakala tanah majuj pula merujuk kepada Ma'juj.
Secara keseluruhannya, buku ini dilihat mampu memberi nilai tambah kepada semua umat Islam secara khususnya dalam meningkatkan ilmu mengenai kewujudan Dajal dan Ya'juj Ma'juj dan secara tidak langsung dapat menyedarkan umat agar terus beusaha dalam mempertingkat amalan dan berwaspada dalam mengejar kebahagian duniawi. Selamat membaca.
Ulasan Pembaca Lain:
Ibnuyaacob @ ibnuyaacob.com
p/s: Terima kasih kepada seorang rakan yang telah memberikan buku ini kepada saya.

0 comments:
Post a Comment