Hidup ini sememangnya indah, dan keindahan itu perlu dikongsikan bersama agar ianya menjadi sebuah memori dan sejarah yang abadi. 'Entry' kali ini aku nak kongsikan bersama kenangan aku semasa kecil sehingga zaman pra-sekolah.
Diari hidupku bermula pada 6 Zulkeadah 1404 bersamaan 3 Ogos 1984 jam 10.05 pagi. Dilahirkan dari golongan yang serba serdahana, aku sangat bersyukur kerana masih mampu mengkecapi nikmat kasih sayang ibubapaku dari kecil sehingga kehari ini.
Usia kecilku tidak banyak memori yang dapat aku imbas, tapi yang pasti aku merupakan seorang kanak-kanak yang nakal, selalu membuat masalah dan terlalu banyak bertanya. Maka tidak hairanlah jika bapaku sering menghukumku ketika kecil. Mana tidaknya, aku adalah muka yang selalu memecahkan pingan mangkuk ibuku di rumah (ketika bermain bersama abang), suka merosakkan majlis, bergaduh dengan abangku, menconteng dinding-dinding di rumah dengan lukisan-lukisan unikku dan pelbagai lagi.. (malu dengan diri sendiri), tidak ketingalan aku juga merupakan anak yang selalu menyumbangkan suara di rumah (radio) Biasa la, lumrah anak kecil katakan... (^_^).
Dibesarkan di dalam suasana kekeluargaan, aku sememangnya jarang bergaul dengan kanak-kanak lain yang seusiaku di kampung selain daripada waktu sekolah. Abang , kakak, adik dan aruah neneku merupakan rakan setia tempat aku bermain, bermanja dan bergurau senda di rumah tatakala ibu dan bapaku keluar bekerja. Faktor keselamatan dan kehadiran anjing jiran sebelah mungkin menyumbang kepada keterbatasan ini. Selain bermain bersama saudaraku di halaman rumah, aku juga mempunyai satu aktiviti yang agak menjengkelkan iaitu mengejar dan menarik basikal seorang kakak yang melintas di halamanku ketika dia pulang dari sekolah (beliau yang sehingga kani tidak diketahui namanya). Aktiviti ini aku kongsikan bersama abangku Sufian.
Di tabika, aku adalah murid yang paling awal datang kesekolah (1 jam awal dari sesi persekolahan) dan paling lewat pulang ke rumah kecuali di ambil oleh ibu saudaraku. Aku juga merupakan antara murid yang sering membawa masaalah ketika di dalam kelas (Peace yo!!... ('=_=)) kerana aku adalah antara anak murid yang sering membawa seluar 'extra' kesekolah.. (maafkan diriku cikgu). Mungkin kalau tidak kerana anak murid seperti aku, sekolah itu tidak akan mempunyai sebuah tandas yang sempurna sehingga ke hari ini. Di kelas, aku tidaklah bergitu pitar, tapi yang pasti aku merupakan anak murid yang aktif dalam kegiatan kokurikulum dan pandai berdikari (kecuali pekara yang telah dibincangkan di atas). Aku juga bukanlah antara anak murid yang pernah merengek ketika ditinggalkan oleh ibubapa ketika hari pertama persekolahan dan kehadiranku ke sekolah adalah antara yang paling tinggi (bangga dengan diri sendiri) Erm.. rasanya cukup setakat ini sahaja 'entry' kali ini. Akan aku sambungkan cerita ini pada masa-masa mendatang..
Antra fakta-fakta menarik mengenai diriku yang menyebabkan aku terus hidup di bumi yang indah ini:

- Aku adalah insan yang mudah ditipu oleh iklan Tora dan Deng Dang. Mainan mahal aku jarang mintak.
- Aku adalah peminat setia Gaban, Thundercats, Power Rengers dan yang sewaktu dengannya, dan tidak ketingalan Fido dido.
- Kuat berangan, suka membuat kerja-kerja kraftangan terutamanya origami dan suka melukis.
- Terselamat daripada beberapa kejadian yang boleh meragut nyawa seperti kecelakaan jalan raya akibat daripada melintas jalan sesuka hati untuk mengikori ibuku, terselamat daripada maut sengatan lebah (sarang lebah jatuh dalam buaian ketika kecil), dan terselamat daripada lemas ketika lahir (tali pusat melilit leherku).
- Merupakan seorang yang mudah dijangkiti demam panas dan lelah yang selalu menyusahkan ibuku berjaga malam dan merupakan anak yang mudah mengambil ubat-ubatan(terlalu banyak penyakit).
0 comments:
Post a Comment