Pages

Your Ad Here

Saturday, July 11, 2009

Nota 17: Busy

Minggu nie memang bersepah dan berserabut!.. Banyak betul keje nak kena setel dari kuliah, experiment, surat itu ini dan benda-benda yang tak berkaitan ngan aku pon ada yang aku kena buat. Ini la akibat rajin tak bertempat.. Tapi aku rase syok giler lepas dapat selesaikan semua tu.. setidak-tidaknya tak der la rase boring duduk diam kat bilik atau jadi tugu kat jabatan. (^_^)

Minggu nie juga ader banyak peristiwa yang berlaku.. antaranya adalah;
  1. Aku dah sain agreement dengan supervisor aku untuk menghantar chapter 1,2,3 aku pada 31 Ogos 2009. Kalo tak hantar aku akan dihukum bunuh, atau otaku akan di tarik keluar. Mati la aku.
  2. Supervisor aku telah ditahan di Hospital Bintulu untuk mendapatkan rawatan dari 11 - 15 July 2009. Beliau menghadapi masah pencernaan. salah diet kata nyer.. no wonder perut dia makin membesar sejak dua menjak ini.. Semoga semuanya selamat.
  3. Pokok-pokok yang aku tanam akhirnya berjaya tumbuh dengan sihat!... wahahaha!!! derita nya nak dapat pertumbuhan yang sekata.. (T_T).
Selain itu banyak lagi pekara best yang belaku.. Tapi sori yer aku tak dapat kongsikan bersama di dalam blog nie.. huhu.. biarlah ia terus berada di dalam darah dan jantungku ini. Mungkin bila tiba masanya aku akan kongsikan bersama.


1 comments:

HUSSAIN BIN TAHIR said...

Aku dah sain agreement dengan supervisor aku untuk menghantar chapter 1,2,3 aku pada 31 Ogos 2009.

p/s aku memang tak tahan mendengornyer...topik bt angreement dgn dr osumanu...topik cuba ko ajar aku camner nak bt agreement...angkat tangan mcm nak angkat sumpah tu ker...

Kalo tak hantar aku akan dihukum bunuh, atau otaku akan di tarik keluar. Mati la aku.

p/s...hahaha....lawak..lawak....cuma aku rasa dr osumanu akan cukur rambut hang yg hensam tue...

Related Posts with Thumbnails