Pages

Your Ad Here

Sunday, July 26, 2009

Nota 23: Keliru


Friday, July 24, 2009

Nota 24 : Pemberitahuan

Wahai orang-orang kampung!!...

Nie che nak habaq mai.

Bahawa penulisan di Blog ini akan diberhentikan buat sementara waktu bagi memberi laluan untuk Hambo membuat kerja-kerja renovation otak100 % dan proses upgrade REM yang ader.. selain daripada membuat persediaan kehidupan den sebagai seorang bakal graduan finel year..


Hambo akan kembali aktif menulis kembali pada tanggal 31 Ogos 2009.

Segala yang menyulitkan dan mensembelitkan adalah amat dikesali..... ("U_U).

Semoga ko orang gembiro dengan kehidupan ko orang dan bagi yang MUSLIM selamat berpuaso den ucapkan... Puaso jangan tak poaso.. dah abis gamto puaso ko belum???

p/s : Sebarang post yang muncul adalah telah dirancang terlebih dahulu sebelum announcement ini dibuat..

Sunday, July 19, 2009

Bonus: Suka-suki

Saturday, July 18, 2009

Bonus: Renungan

Nota 21: Remaja dulu dan remaja kini


Ini adalah topik hangat yang biasa aku debatkan bersama ayahku.. So if ko orang ader pengalaman yang same meh leh kita kongsikan:

Antara pekara yang membezakan remaja dahulu dan ramaja masa kini:
  1. Remaja dahulu lebih menghormati orang tua. Buktinya, remaja dahulu lebih mengutamakan keperluan orang yang lebih tua dalam banyak hal .
  2. Remaja dahulu pandai menjaga tertib ketika bersama dengan orang tua. Contohnya tidak menyampuk apabila orang tua bercakap, berjalan dengan tertib apabila melintasi orang tua, anak gadis tidak akan duduk terkangkang atau berbaring ketika bersama orang lelaki atau orang yang lebih tua.
  3. Remaja dahulu lebih kreatif dan berdikari berbanding remaja masa kini. Mereka pandai memanafaatkan persekitaran dengan sebaik mungkin dan pandai berusaha untuk mendapatkan apa yang diinginkan.
  4. Remaja dahulu lebih ringan tulang (Suka membantu) berbanding remaja sekarang yang perlu dikerah atau disuruh.
  5. Remaja dahulu kurang merengak, mengadu domba, manja dan mengada-ngada.
  6. Ramaja dahulu sangat tegas dan berani ketika memperjuangkan sesuatu. Yang nie terfokus dalam skop berpesatuan sahaja.
Rasanya banyak lagi yang boleh dibandingkan dan dibincangkan.. Rase malas pulak nak tulis semuanya.. So ape respond ko orang???... adakah ianya BENAR atau TIDAK BENAR ..

Nota 20: Rindu

Rasanya macam baru semalam berada di kampung melihat muka-muka ceria yang sentiasa dekat di hati, dan begitu juga masih terdengar-dengar celoteh, gelak tawa, dan bebelan kecil takala bermain, dan bergurau senda bersama. Kini semuanya sepi.

Mungkin aku cuma teruja menantikan kehadiran insan baru di dalam hidupku.. Madiha kini akan menjadi seorang kakak..Semoga semuanya selamat.

Friday, July 17, 2009

Nota 19: Jom makan




Yo!!... wazzup!...

Ko org takut gemuk tak????...

erm.. mungkin ader sesetengah tak takut.. and tak ketingalan ader yg takut gilerr...
(exp kaum hawa...)

Sebenarnya, selaku manusia yang normal kita semestinya takut GEMUK. Bukan gemuk itu tidak bagus, tapi demi mengekalkan kecerdasan dan kecergasan badan pada paras yang maximum kita seharusnya menjaga dan mengawal pemakanan kita..

So ape harus kita perlu buat??
Adakah kita perlu mengawal selara makan kita?

Jawapannya YA!... kita seharusnya mengawal diet (cara pemakanan) kita.. Mengawal diet bukan bererti kita tidak makan, tetapi kita mengawal keseimbangan pemakanan kita mengikut pola pemakanan yang betul dan bersesuaian dengan kadar metabolisme badan kita. Ko orang tau tak ape tu polar pemakanan??.. kalo tak. Sah tak baca buku PJK mase sekolah dulu... layak ker dapat A utk PJK??... sendiri mau ingat.. hahahaha...

kalo tak ingat tengok2 ler gambau yang kat atas nie na...

ha lagi satu hal...
Kalo ko orang biasa tgk ader orang selalu makan berlori-lori tapi badan dia still macam lidi..

jangan ler sakit hati pulak..tu maksudnya dia mempunyai kadar metabolisme yang sangat tinggi.. memang best dapat makan mcm tu.. tapi poket pon sakit jugak.. huhuhuhuh... (^_^)

Jadi selaku orang yang mempunyai kadar metabolisme yang rendah jgn ler dok berangan makan banyak-banyak mcm tu.. Cermin-cermin la diri tu yer... jgn risau tak dapat makan macam2.. tak pe janji badan kita sentiasa sihat dan poket sentiasa penuh.. lagi pon sebagai umat Islam kite pon tak digalakkan makan banyak2..

Untuk mereka yang sedang berusaha utk menurunkan berat badan dan bercadang untuk mengubah diet anda kat bawah nie ader satu web site yang aku rase sesuai utk ko org.. (click here) untuk pergi ke web site tu... gd luck



Tuesday, July 14, 2009

Nota 18: Aku dan diriku (siri1)

Hidup ini sememangnya indah, dan keindahan itu perlu dikongsikan bersama agar ianya menjadi sebuah memori dan sejarah yang abadi. 'Entry' kali ini aku nak kongsikan bersama kenangan aku semasa kecil sehingga zaman pra-sekolah.

Diari hidupku bermula pada 6 Zulkeadah 1404 bersamaan 3 Ogos 1984 jam 10.05 pagi. Dilahirkan dari golongan yang serba serdahana, aku sangat bersyukur kerana masih mampu mengkecapi nikmat kasih sayang ibubapaku dari kecil sehingga kehari ini.

Usia kecilku tidak banyak memori yang dapat aku imbas, tapi yang pasti aku merupakan seorang kanak-kanak yang nakal, selalu membuat masalah dan terlalu banyak bertanya. Maka tidak hairanlah jika bapaku sering menghukumku ketika kecil. Mana tidaknya, aku adalah muka yang selalu memecahkan pingan mangkuk ibuku di rumah (ketika bermain bersama abang), suka merosakkan majlis, bergaduh dengan abangku, menconteng dinding-dinding di rumah dengan lukisan-lukisan unikku dan pelbagai lagi.. (malu dengan diri sendiri), tidak ketingalan aku juga merupakan anak yang selalu menyumbangkan suara di rumah (radio) Biasa la, lumrah anak kecil katakan... (^_^).

Dibesarkan di dalam suasana kekeluargaan, aku sememangnya jarang bergaul dengan kanak-kanak lain yang seusiaku di kampung selain daripada waktu sekolah. Abang , kakak, adik dan aruah neneku merupakan rakan setia tempat aku bermain, bermanja dan bergurau senda di rumah tatakala ibu dan bapaku keluar bekerja. Faktor keselamatan dan kehadiran anjing jiran sebelah mungkin menyumbang kepada keterbatasan ini. Selain bermain bersama saudaraku di halaman rumah, aku juga mempunyai satu aktiviti yang agak menjengkelkan iaitu mengejar dan menarik basikal seorang kakak yang melintas di halamanku ketika dia pulang dari sekolah (beliau yang sehingga kani tidak diketahui namanya). Aktiviti ini aku kongsikan bersama abangku Sufian.

Di tabika, aku adalah murid yang paling awal datang kesekolah (1 jam awal dari sesi persekolahan) dan paling lewat pulang ke rumah kecuali di ambil oleh ibu saudaraku. Aku juga merupakan antara murid yang sering membawa masaalah ketika di dalam kelas (Peace yo!!... ('=_=)) kerana aku adalah antara anak murid yang sering membawa seluar 'extra' kesekolah.. (maafkan diriku cikgu). Mungkin kalau tidak kerana anak murid seperti aku, sekolah itu tidak akan mempunyai sebuah tandas yang sempurna sehingga ke hari ini. Di kelas, aku tidaklah bergitu pitar, tapi yang pasti aku merupakan anak murid yang aktif dalam kegiatan kokurikulum dan pandai berdikari (kecuali pekara yang telah dibincangkan di atas). Aku juga bukanlah antara anak murid yang pernah merengek ketika ditinggalkan oleh ibubapa ketika hari pertama persekolahan dan kehadiranku ke sekolah adalah antara yang paling tinggi (bangga dengan diri sendiri) Erm.. rasanya cukup setakat ini sahaja 'entry' kali ini. Akan aku sambungkan cerita ini pada masa-masa mendatang..

Antra fakta-fakta menarik mengenai diriku yang menyebabkan aku terus hidup di bumi yang indah ini:

  1. Aku adalah insan yang mudah ditipu oleh iklan Tora dan Deng Dang. Mainan mahal aku jarang mintak.
  2. Aku adalah peminat setia Gaban, Thundercats, Power Rengers dan yang sewaktu dengannya, dan tidak ketingalan Fido dido.
  3. Kuat berangan, suka membuat kerja-kerja kraftangan terutamanya origami dan suka melukis.
  4. Terselamat daripada beberapa kejadian yang boleh meragut nyawa seperti kecelakaan jalan raya akibat daripada melintas jalan sesuka hati untuk mengikori ibuku, terselamat daripada maut sengatan lebah (sarang lebah jatuh dalam buaian ketika kecil), dan terselamat daripada lemas ketika lahir (tali pusat melilit leherku).
  5. Merupakan seorang yang mudah dijangkiti demam panas dan lelah yang selalu menyusahkan ibuku berjaga malam dan merupakan anak yang mudah mengambil ubat-ubatan(terlalu banyak penyakit).
p/s : Gambar di dalam 'entry' ini merupakan gambar aku yang paling kecil (dalam lingkungan 1-2 tahun) tiada gambar ketika bayi (T_T).





Monday, July 13, 2009

Bonus: Bersama Bintang



This is an old video clip that suddenly appear in my pendrive after a long time. It's a gift form a friend for past few years which I don't remember. It might sound a bit slow and a kind of boring but I really like it hehehe... (^_^). Try to listen and have fun. Adios!!..

Sunday, July 12, 2009

Bonus: Best Projek

Bonus kali nie aku just kongsikan gambar-gambar yang sempat aku tangkap masa berjalan-jalan dikawasan hutan Best Projek UPMKB sambil mencari plot profil tanah.









Saturday, July 11, 2009

Nota 17: Busy

Minggu nie memang bersepah dan berserabut!.. Banyak betul keje nak kena setel dari kuliah, experiment, surat itu ini dan benda-benda yang tak berkaitan ngan aku pon ada yang aku kena buat. Ini la akibat rajin tak bertempat.. Tapi aku rase syok giler lepas dapat selesaikan semua tu.. setidak-tidaknya tak der la rase boring duduk diam kat bilik atau jadi tugu kat jabatan. (^_^)

Minggu nie juga ader banyak peristiwa yang berlaku.. antaranya adalah;
  1. Aku dah sain agreement dengan supervisor aku untuk menghantar chapter 1,2,3 aku pada 31 Ogos 2009. Kalo tak hantar aku akan dihukum bunuh, atau otaku akan di tarik keluar. Mati la aku.
  2. Supervisor aku telah ditahan di Hospital Bintulu untuk mendapatkan rawatan dari 11 - 15 July 2009. Beliau menghadapi masah pencernaan. salah diet kata nyer.. no wonder perut dia makin membesar sejak dua menjak ini.. Semoga semuanya selamat.
  3. Pokok-pokok yang aku tanam akhirnya berjaya tumbuh dengan sihat!... wahahaha!!! derita nya nak dapat pertumbuhan yang sekata.. (T_T).
Selain itu banyak lagi pekara best yang belaku.. Tapi sori yer aku tak dapat kongsikan bersama di dalam blog nie.. huhu.. biarlah ia terus berada di dalam darah dan jantungku ini. Mungkin bila tiba masanya aku akan kongsikan bersama.


Saturday, July 4, 2009

Nota 16: Argh!!!....


Adui!!!... Tensyon nyer aku minggu nie... Pening nyer kepala.. apa aku nak buat nie??.. Kuliah dah nak mula tp aku masih lagi blur tak tau nak ajar ape kat budak2 nie.. kang salah mengajar rosak anak orang nanti.. huhuhu... sape yang malu?.. yang tu kite nak tau tu... (T_T). Kalo setakat amali tu boleh ler lagi aku goreng.. tak pasal2 minggu nie aku kena study balik benda-benda basic yang aku tak suke ni... wa!...

Projek aku alhamdulillah berjaya juga akhir nyer... letih hari-hari aku dok belek pasu kosong menantikan benih jagung bercambah.. (aku bukan buang tebiat tanam jagung dalam pasu.. tapi sejer jer bikin tebiat baru.. ). Akhirnya dapt juga aku belek2 daun jagung pas nie...

p/s: Selamat hari lahir kepada supervisor aku yang ke-40 kot.. huhu sendiri tak ingat... Jangan mare kami ler... kami bukan tak ingat tapi kami dah cuba ingat.. huhuhu..

Bonus: Kisah Pontianak, Drakula dan Toyol

pontianak, drakula dan toyol da x tertahan lg nk pegi kat restoran tomyam pak usup (bukan kedai bapak aku ar..)

pontianak: weh.. aku dgr restoran tomyam yg baru bukak tu kn.. ummphh!!!!
drakula: ye la.. aku pun terliur.. aku rasa da x nk isap darah lg.. aku nk tomyam lak..
toyol:cakap pun x guna la cik pon.. kte tetap x ley gi sana..
pontianak: aku ade idea laa.. kte kn bley tuka rupe.. smlm aku try da de rupe angelina jolie ckit..
drakula: geliga gak otak ko.. ms aku idop rupe aku mmg cam tom cruise..
toyol: prasan” tp.. aku mane boley.. erm.. cik pon tulun balutkn sy eh..
pontianak: okie.. nk ajak si pocong x?
drakula: xyh la.. yg dier tau lompat2.. x lompat lari bogel.. tu jela(review hantuooo ep lepas2)..
pontianak: tol gak.. okie.. lepas maghrib kte tros tolak..

lepas maghrib.. kat restoran tomyam pak usup.. tom krus(drakula) dtg ngan angelina jolie(pontianak) sambil mendukung bayi(toyol).

pelanggan: wah.. artis datang restoran ni r..
angelina: order please. erm.. i nk tomyam yg plg sedap kat cni..
waiter: okie..(tau ckp mlayu rpenyer)..

50 saat kemudian.

waiter:siap cik..
tom: wah.. cam sedap neh.. biar aku mencekik dlu..

sorg pelanggan nmpk sesuatu…

pelanggan: wah!!! tom cruise ade taring panjang!!!

suasana senyap sunyi… drakula pun panic.. dengan spontannyer dier patahkan kedua2 taringnyer..

tom: ii.. ini..cu..cuma.. taring palsu.. sy baru balik dari penggambaran cite jaws tu.. sy r yg jd jaws tu..
pelanggan: (jaws ade taring???!!!).. oooOOoOOoo..

keadaan kembali sedia kala..

angelina: tu r ko.. mkn x reti nk cover.. biar aku lak mkn..

pontianak habiskn satu mangkok besa tomyam skali hirup.. akibat x tahan pedas.. air mata pontianak kuar..
air mata darah!! sorg pelanggan nmpk…

pelanggan: wah!! angelina kuar air mata darah!!!

sume pelanggan tkezut.. suasana jd riuh.. pontianak pun mule menggelabah..

angelina: sa..saya.. rindukan mak sy!! da lame x jumpe dia di england..(ait dia dari england ker???..)
pelanggan:ooOOoo..(tp nape air mata darah???!!)..

keadaan jd tenang semula.. toyol yg da x tahan kelaparan trus melompat atas meja utk mencekik tomyam..
sorg lg pelanggan nmpk..

pelanggan:wahh!! anak dier kaler ijau!!

sume menjadi panic.. ade separuh yg bangun utk melarikan diri..

angelina: er..anak sy ni baru je balik penggambaran cite incredible hulk ni.. kami juz nk wat surprise kat cni..
pelanggan:oooOOoo.. hebat la lakonan kamu.. kami sume panic td.. haha..

keadaan jd ok balik.. tanpa disedari oleh para hantu-hantuoo, azan isyak pun berkumandang..

pontianak, drakula & toyol: warRRrrgGGghhHH!!!!!!!!!!!!(terbakar).

semua pelanggan berdiri sambil bertepuk tgn dan bersorak sbb ingatkn tu lakonan dari mreka lg..

Wednesday, July 1, 2009

Nota 14: Rumate

Boring dan bosan!.. En. Matt (Muhammad bin Sabri) telah kembali ke Kampus Induk untuk mengakhiri pengajiannya + bersama kekasih hati... (^_^) huhuhu... Sekarang tinggal aku menjadi waris tunggal kaum adam (BSBI batch aku yang masih di kampus ini) huhu... Blur aku dibuatnya..

Cerita pasal En. Matt nie. Dia nie merupakan seorang yang super cool, relax and simple.. he is a good brother. Walaupun aku tak berapa kamcing dengan dia (sebab aku nie kecoh + serabut + mengelabah) tapi kire ok la tinggal sebilik dengan dia.. Dapat juga adopt sikit-sikit perangai dia untuk diaplikasikan.

En Matt nie juga merupakan seorang pet lover. Dari ular, kambing, arnab, puyuh, kala jengking, hamster (bau yang memeningkan tapi comel la jugak hemster-hemster dia) semua dia pernah bela. Kalo sembang pulak, ajak jer sembang pasal haiwan, conpem ko orang akan dapat kuliah free siap dengan tips lagi.. kalo part muzik pulak dia nie minat lagu-lagu slow rock.. Aku pon selalu jugak layan lagu-lagu nie sama-sama ngan dia.wakakkakaka..

Part yang aku tak boleh join ngan En Matt nie cuma bahagian main gitar and memancing bila dia boring.. yang nie memang aku faild (tak ada bakat). Ok la, cukup setakat tu.. nak cite panjang-panjang rase pelik pulak.. kalo aweks tak per la..hahaha.. Kalo ko orang nak tau lebih-lebih interview dia la.. Anyway aku harap En. Matt berjaya dengan kejaya idamanya dan bahagian dengan calon isterinya itu.. Good luck bro!..


Antara hamster belaan En. Matt yang aku pon dah tak ingat nama dia...

Related Posts with Thumbnails