Pages

Your Ad Here

Saturday, June 27, 2009

Nota 12: Cerita sebuah mimpi

Rona masa silih berganti, aku sedar usiaku semakin dewasa. Persoalannya adakah sekarang waktunya ,atau aku harus terus menunggu hingga ketentuanNya tiba. Argh !!.. aku keliru, aku buntu adakah perasaan ini benar atau cuma khayalan.. Jika kucerminkan diriku ini, aku hanya seorang insan yang masih belum mampu menjamin harapan dan impian menjadi nyata. Mungkin aku tidak harus bermimpi.

Pernah juga ku bukakan kotak hati ini untuk dikongsi. Namun harapan yang kucari, hanyalah sebuah kisah duka buat diriku ini. Kulepaskan impian itu pergi, untuk mengotakan ikrar diriku ini. Biarlah impiannya bersama rakan lama terus menjadi nyata. Aku doakan semoga dirinya terus bahagia.

Perasaan itu kini kembali, kembali dengan pelbagai pilihan dan kekusutan. Wajarkah aku terus memilih atau kubiarkan saja kekusutan itu terurai sendiri. Bialah Tuhan saja yang menentukan kerana Dia lebih mengerti.

Banyak lagi pekara penting aku harus tumpukan selain mencari bunga idaman hati. Biarlah aku terus berdiri melihat rama-rama yang terbang bebas itu pergi kerana aku pasti rama-rama itu akan kembali, bila waktu dan ketikanya muncul lagi.

Jika benar rama-rama itu kembali, aku pasti akan menjaganya dengan setulus hati. Akan aku biarkan ia hidup ditangan ini tanpa mati sehingga aku pergi.

2 comments:

anon said...

aduyai..rama dh ler idup sehari jer..pastue mati..ish3..wat herbarium jer..setel

yatiemadiha said...

salam taufik,
insyaAllah,bnga yg dicr tu akn dtg jugak nnt ats izinNYA.
tp kta xsemestinyer hnya hrus beserah pd tkdir,sbliknya kta kna jugak buka jln spy hajat i2 dimakbulkn..
btol x??hee

Related Posts with Thumbnails