Emosiku teruji. Minggu ini merupakan minggu yang bahagia buat diriku. Rahmat kurniaanNya melimpah ruah buat sekian kalinya ke atas diriku ini. Dimulakan dengan perkabaran gembira awal minggu ini tentang ibuku yang sudah selamat menjalani pembedahannya dan kini beransur pulih. Agak terkilan kerana tidak dapat bersamanya ketika menghadapi detik-detik sukar bersama ahli keluarga yang lain. Kegiranganku bertambah lagi apabila aku menerima sepucuk surat daripada Bah. Akademik Fakulti yang menyatakan pemohonanku untuk menjadi Tutor sambilan telahpun diterima. Alhamdulillah, syukur... masalah kewangan untuk meneruskan pengajian telahpun dapat diselesaikan tanpa membebankan masalah itu kepada orang lain. Peluang untukku menguji kemampuanku menjadi seorang warga pendidik kini terbuka.. dan ini mungkin akan menentukan keputusan besar yang akan aku ambil setelah tamat pengajian. Penyelidikanku juga telah berjaya aku mulakan pada awal minggu ini.. walaupun menghadapi sedikit masalah, aku tetap redha menerimanya. mungkin ini adalah ujianNya untuku. Untuk menguji samada manusia yang bernama Taufik ini pandai bersyukur atau tidak. Allah hu akbar.. Sesungguhnya Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang.. sesungguhya Dia amat mengetui apa yang terbaik untuk hambanya.
2 comments:
hhehe..jiwang karat betul ko ni taufik...tak snagka ayat2 jiwang ko menginsafkan aku jugak ckit..huhu...
taufik..linda ni..bukan kak ima yg cakap..aku guna acc kak ima.hehe..
Post a Comment