Hari ini seluruh dunia dikejutkan dengan berita pemergian saudara islamku Mikhail Abdullah atau lebih dikenali dengan nama Michael Jackson kerahmatullah pada jam 5 pagi tadi (waktu Malaysia). Walaupun aku sendiri tidaklah begitu hampir dan arif dengan dunia hiburan, namun sedikit sebanyak berita megenai raja pop ini pernah juga terbibit keluar dari bibirku. Pelbagai isu sering dikaitkan dengan beliau ini (tidak perlu rasanya aku jelaskan semuanya).
Mungkin bagi sesetengah golongan pemergiannya merupakan satu kesedihan dan kehilangan yang besar bagi dunia hiburan, tetapi aku percaya ketentuan Ilahi ini adalah yang terbaik untuk dirinya. Sesungguhnya Allah itu maha pengasih lagi maha penyang dan Dialah juga yang tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Sekurang-kuranya segala tomahan dan fitnah yang sering menghantui beliau akan terhenti.
Pemergianya sebagai seorang muslim menyebabkan aku terharu dan aku bersyukur kerana dia kembali kepadaNya dalam keadaan beriman kepada Allah ( Adakah semua manusia samada Islam atau tidak dapat kembali [mati] dalam keadaan beriman kepada Allah??). Semoga segala amal dan ibadat beliau diberkati Allah dan rohnya ditempatkan bersama golongan yang beriman. Sama-samalah kita sedekahkan bacaan surah al-Fatihah untuk rohnya.
Aku juga berdoa semoga jasadnya dapat dimandikan, dikafankan, dan disembahyangkan dengan secepat mungkin sepertimana jenazah umat Islam yang lain.

0 comments:
Post a Comment