Pages

Your Ad Here

Thursday, February 25, 2010

Putaran Waktu

Subuhnya…
Di manakah aku ketika itu,
Masih enak di dalam dakapan kelambu rindu,
Sambil berpoya-poya dengan waktu,
Masa bagaikan menderu,
Langkah tiada arah tuju,
Fikiran terus celaru,
Terlupa aku semakin dihujung waktu,
Siapa aku di depan Tuhanku.

Zohornya…
Aku lebih memikirkan kelaparan, kehausan dan rehatku,
Aku lebih mementingkan tuntutan duniaku,
Betolak ansur dengan waktu,
Membilang keuntungan yang tidak tentu,
Tanpa menyedari kerugian yang menghampiriku,
Jika aku mengadaikan sebuah ketaatan tehadap Tuhanku,
Siapa aku di depan Tuhanku.

Asarnya…
Aku leka akan perubahan rona masa,
Yang sentiasa berubah tanpa mengira masa,
Aku masih bercerita,
Tentang si Tuan yang setia dan si Jebat yang derhaka,
Tampaku sedari panas hilang di hujung kepala,
Siapakah aku di depan Tuhanku

Magribnya…
Aku melihat tirai tabir malam yang tiba,
Sambil mencari sisa-sisa keseoronokan senja yang ada,
Kubiarkan saja masa yang singkat itu berjalan betongkat-tongkat,
Tanpa ku sedari ruginya bertingkat-tingkat,
Siapakah aku di depan Tuhanku

Isyaknya…
Aku biarkan sahaja masa yang panjang terus berlalu,
Membiarkan penat menghimpit dadaku
Mmbiarkan kelesuan menganggu hidupku,
Aku terasa lena dibalik selimut biru,
Bercumbu-cumbu dengan waku,
Siapakah aku di depan Tuhanku

0 comments:

Related Posts with Thumbnails