Pages

Your Ad Here

Sunday, February 28, 2010

Nota 43: Maulid Nabi


Maksudnya:

"Ya Allah selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti Engkau kurniakan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti telah yang Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia".



Salam maulidur rasul kepada semua.. Maaf agak kelewatan.
Bila bercerita tentang maulid nabi ini, banyak pekara yang sering dikaitkan dan dibangkitkan terutamanya dari segi sambutan dan pelbagai lagi.. Agak sedih apabila mengenangkannya.. Namun apa yang penting dan ingin saya tegaskan adalah ingatan dan kasih sayang kita terhadap junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. itu tidak harus luput di dalam setiap pintu hati umat Islam. Tidak kira la apa jua bentuk sambutan yang kita laksanakan, yang penting niat kita menyambut itu adalah untuk memuliakan Rasullah S.A.W. di samping bermuhasabah dalam memartabatkan agama Islam sebagai agama yang unggul.
Tidak salah rasanya untuk kita berarak dan membuat sepanduk, jika ianya mampu dijadikan sebagai salah satu cabang mempromosikan agama Islam. Cuma jangan la kita terlalu berlebih-lebihan sehingga mengakibatkan pembaziran.. apa yang penting mesej dan pengisian yang kita cuba sampaikan itu dapat dihayati oleh semua umat manusia..
Alhamdulillah, saya juga berpeluang menghadiri satu majlis sambutan maulidur rasul yang telah dijalankan diperingkat kampus. Pengisiannya agak mantop walaupun terdapat sedikit kekurangan dari segi pengurusan dan perancangan masa. Antara intipati sambutan adalah slot forum yang bertajuk dari Gua Hira ke Baitul Maqdis yang diadakan pada sesi petang dan satu slot pertandingan dendangan lagu-lagu kerohanian pada malam harinya.
Slot forum adalah slot yang aku nanti-nantikan sepanjang program ini berlangsung, pengisiannya agak menarik walaupun sebenarnya aku lebih gemar menghadiri slot ceramah atau kuliah yang biasanya dibuat di Masjid/Pusat Islam seperti sambutan-sambutan yang lepas.. tapi apa salahnya sekali sekala kita mengubah angin.. lagi pon slot forum ini juga dibuka kepada semua pelajar.. Alhamdulillah ader juga pelajar non-muslim yang turut menghadarinya.
Apa yang agak mengkagumkan sepanjang pemerhatianku di dalam sambutan kali ini adalah penyertaan seorang pelajar non-muslim di dalam semua majlis yang dijalankan, dari berarak, forum hingga ke pertandingan dendangan lagu-lagu kerohanian.. semuanya dia turut serta.. mudah-mudahan Allah memberi nur dan nikmat Islam kepadanya satu hari nanti.


Si cilik ini juga tidak melepaskan peluang menghadiri semua aktiviti maulidur rasul yang telah dijalankan. Semoga inilah gambaran generasi kita pada masa hadapan.

Antara kumpulan yang mendendangkan lagu-lagu kerohanian.

2 comments:

Anonymous said...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

Taufik MY said...

tq..Hapi

Related Posts with Thumbnails