Pages

Your Ad Here

Saturday, June 27, 2009

Nota 13: Rejab

Rejab kini kembali, ini menandakan Ramathan semakin menghampiri. Indahnya Ramathan, tidak sabar aku menanti detik itu kembali.
Bicara tentang Rejab, tidak dinafikan bulan ini juga sangat istimewa dengan amalan-amalan seperti zikir, istifar, dan amalan puasa sunat. Sungguhpun tiada hadis yang jelas membicarakan tentang istimewanya Rejab, namun aku percaya bulan ini sangat penting bagi umat Islam dalam memuhasabahkan dan memantapkan diri untuk menghadapi Ramathan yang bakal tiba. Antara kelebihan bulan ini adalah seperti berikut:

1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan hamba-Nya 10 kali, tetapi di dalam bulan Rejab Allah akan membalas amalan hamba-Nya 70 kali.
2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

3. Rejab bulan Allah, Syaaban bulan Rasulullah s.a.w, Ramadan bulan umat Rasulullah s.a.w.

4. Rejab adalah bulan menabur benih, Syaaban bulan menyiram tanaman, manakala Ramadan bulan menuai.

5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Syaaban menyucikan hati, manakala Ramadan menyucikan roh.

6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Syaaban bulan syafaat, manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.

7. Rejab adalah bulan taubat, Syaaban bulan muhibbah, manakala Ramadan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Syaaban diganda 700 pahala, dan Ramadan diganda 1,000 pahala.

Untuk makluman lanjut (click here). Selamat beribadat.

Nota 12: Cerita sebuah mimpi

Rona masa silih berganti, aku sedar usiaku semakin dewasa. Persoalannya adakah sekarang waktunya ,atau aku harus terus menunggu hingga ketentuanNya tiba. Argh !!.. aku keliru, aku buntu adakah perasaan ini benar atau cuma khayalan.. Jika kucerminkan diriku ini, aku hanya seorang insan yang masih belum mampu menjamin harapan dan impian menjadi nyata. Mungkin aku tidak harus bermimpi.

Pernah juga ku bukakan kotak hati ini untuk dikongsi. Namun harapan yang kucari, hanyalah sebuah kisah duka buat diriku ini. Kulepaskan impian itu pergi, untuk mengotakan ikrar diriku ini. Biarlah impiannya bersama rakan lama terus menjadi nyata. Aku doakan semoga dirinya terus bahagia.

Perasaan itu kini kembali, kembali dengan pelbagai pilihan dan kekusutan. Wajarkah aku terus memilih atau kubiarkan saja kekusutan itu terurai sendiri. Bialah Tuhan saja yang menentukan kerana Dia lebih mengerti.

Banyak lagi pekara penting aku harus tumpukan selain mencari bunga idaman hati. Biarlah aku terus berdiri melihat rama-rama yang terbang bebas itu pergi kerana aku pasti rama-rama itu akan kembali, bila waktu dan ketikanya muncul lagi.

Jika benar rama-rama itu kembali, aku pasti akan menjaganya dengan setulus hati. Akan aku biarkan ia hidup ditangan ini tanpa mati sehingga aku pergi.

Nota 11: Perginya sorang muslim bernama Mikhail Abdullah


Hari ini seluruh dunia dikejutkan dengan berita pemergian saudara islamku Mikhail Abdullah atau lebih dikenali dengan nama Michael Jackson kerahmatullah pada jam 5 pagi tadi (waktu Malaysia). Walaupun aku sendiri tidaklah begitu hampir dan arif dengan dunia hiburan, namun sedikit sebanyak berita megenai raja pop ini pernah juga terbibit keluar dari bibirku. Pelbagai isu sering dikaitkan dengan beliau ini (tidak perlu rasanya aku jelaskan semuanya).

Mungkin bagi sesetengah golongan pemergiannya merupakan satu kesedihan dan kehilangan yang besar bagi dunia hiburan, tetapi aku percaya ketentuan Ilahi ini adalah yang terbaik untuk dirinya. Sesungguhnya Allah itu maha pengasih lagi maha penyang dan Dialah juga yang tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Sekurang-kuranya segala tomahan dan fitnah yang sering menghantui beliau akan terhenti.

Pemergianya sebagai seorang muslim menyebabkan aku terharu dan aku bersyukur kerana dia kembali kepadaNya dalam keadaan beriman kepada Allah ( Adakah semua manusia samada Islam atau tidak dapat kembali [mati] dalam keadaan beriman kepada Allah??). Semoga segala amal dan ibadat beliau diberkati Allah dan rohnya ditempatkan bersama golongan yang beriman. Sama-samalah kita sedekahkan bacaan surah al-Fatihah untuk rohnya.

Aku juga berdoa semoga jasadnya dapat dimandikan, dikafankan, dan disembahyangkan dengan secepat mungkin sepertimana jenazah umat Islam yang lain.

Friday, June 26, 2009

Bonus: Special post

Yellowww... Hey guys.. kalo yang lepas aku buat special entry untuk Mr. Jaz, Kali nie giliran Datin Sri Darlyn ngan blognyer Heaven's angel la pulak. (Click here). Nie merupakan blog kedua beliau yang juga menggantikan blog lamanya yang sudahpun selamat ditamatkan. Selamat membaca.

Bonus: Kisah seorang mental

Satu hari seorang pengawal membuat rondaan disetiap bilik orang sakit mental, dalam rondaannya dia terdengar nyanyian yang merdu walupun tak bunyi macam suara Mawi tapi suaranya memang hebat dengan suaranya yang tersendiri mengalunkan lagu Intifada.

Kata pengawal itu dalam hatinya,"tak sangka ada juga orang yang sakit mental ni boleh menyanyi dengan hebat. Ingatkan radio atau kaset yang dipasang oleh pengawal yang lain." sambil melihat dari luar pesakit tu menyanyi sambil telentang di atas katilnya. Pengawal terus melalui bilik itu dan berjalan terus untuk meronda kebilik2 pesakit yang lain.

Setelah selesai pengawal berpatah balik. Apabila sampai ke bilik pesakit mental yang menyanyi tadi ia masih menyanyi tetapi kali ini lagu aduh saliha pulak. Dia menyanyikannya memang hebat, bagus sekali tone suaranya , cuma dia sakit mental aje kalau tak boleh buat album....tapi kali ini dia menyanyikan lagu aduh saliha tu dalam keadaan meniarap, lagu intifada yang mula2 tadi terlentang? pengawal tu hairan dan bertanya pada pesakit mental tu...

"kenapa kamu menyanyi meniarap? tadi terlentang?"

Jawab pesakit mentaltu.....

"Tadi SIDE A...ini SIDE B lah pulak...."

Pengawal tupun beredar dari situ dan berkata dalam hatinya.."betul jugak"

Siapa yang patut kejar siapa??...

Nota 10: Syukur

Emosiku teruji. Minggu ini merupakan minggu yang bahagia buat diriku. Rahmat kurniaanNya melimpah ruah buat sekian kalinya ke atas diriku ini. Dimulakan dengan perkabaran gembira awal minggu ini tentang ibuku yang sudah selamat menjalani pembedahannya dan kini beransur pulih. Agak terkilan kerana tidak dapat bersamanya ketika menghadapi detik-detik sukar bersama ahli keluarga yang lain. Kegiranganku bertambah lagi apabila aku menerima sepucuk surat daripada Bah. Akademik Fakulti yang menyatakan pemohonanku untuk menjadi Tutor sambilan telahpun diterima. Alhamdulillah, syukur... masalah kewangan untuk meneruskan pengajian telahpun dapat diselesaikan tanpa membebankan masalah itu kepada orang lain. Peluang untukku menguji kemampuanku menjadi seorang warga pendidik kini terbuka.. dan ini mungkin akan menentukan keputusan besar yang akan aku ambil setelah tamat pengajian. Penyelidikanku juga telah berjaya aku mulakan pada awal minggu ini.. walaupun menghadapi sedikit masalah, aku tetap redha menerimanya. mungkin ini adalah ujianNya untuku. Untuk menguji samada manusia yang bernama Taufik ini pandai bersyukur atau tidak. Allah hu akbar.. Sesungguhnya Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang.. sesungguhya Dia amat mengetui apa yang terbaik untuk hambanya.

Monday, June 22, 2009

Nota 9: Campus News

Wow!!.. I don't belive myself that this is my 6 years studying in this campus.. tak sangka sungguh.. masa 1st time jejak kaki dulu rasa macam tak sabar-sabar je nak balik rumah.. tapi itu dulu...(^_^). Jika nak flashback semula memoriku yang almost berkarat nie, banyak juga la perubahan yang dialami di kampus ini walaupun ianya tidak la sedractic mana.. ye la kita nie bukan tinggal di Syurga nak semuanya muncul sekelip mata dan kita harus ingat bukan mudah untuk mengendalikan sebuah kampus yang luas dan menghijau ini.. somebody yang nak duduk kat top management in this campus mesti berani dan tabah untuk menempuhi pelbagai cabaran dan halangan.. Apa-apa pun congratz to the faculty management exp to our dean (bukan kipas ar..)kerana berjaya menyediakan dan menaik taraf kemudahan yang terbaik di fakulti ini. So, picture kat bawah nie adalah gambaran kampus yang paling terkini.



Antara update-update yang bakal muncul dan sudah siap:
1. Kompleks Akademik.
2. Dewan kuliah baharu.
3. Dewan ***.
4. Kompleks Penyelidikan. (dah siap)
5. Rumah sembelihan.
6. Banglo Kambing yang baharu. huhuh... (pun dah siap)

Kompleks Akedemik yand sedang dalam pembinaan

Dewan kuliah yang baharu

Dewan ... (tak der nama lagi.. bubuh nama aku sedap jugak)

Kompleks Penyelidikan (tempat aku buat sambal tanah("--)huhu..)

Banglo Kambing yang siap sedia untuk dijual..

Selain daripada update-update yang ado.. kampus ini juga digemparkan dengan kejadian tanah runtuh pada pertengahan semester yang lalu.. walaupun tidak berapa serius, ianya sedikit sebanyak memberi impak dalam isu keselamatan warga kampus.. Apa-apapun langkah pembaikpulihan sudahpun mula diambil ketika ini.. huhu..

Inilah gambaran tanah yang meruntuh akan dirinya.. hehehe..

Semoga kampus ini terus berkembang menjadi sebuah institusi pendidikan dan penyelidikan yang tersohor.. Kalo aku yang jadi dekan mesti malatop punya.. kuang2.. aku tambah (pendidikan+penyelidikan+ profit making ($_$) aku nie mata duitan sikit kita buat Agroturism ... muhahahahah)

p/s : Gambar ini adalah hasil kemalasan yang berganda dan curianku keatas blog En. Jazkye.. Kalo huduh tu paham-paham la yer...

Sunday, June 21, 2009

Bonus: Special advetisement

Woopey!!!... My friend Mr. Jazkye has created his own blog today (click here). Congretz men and keep up blogging.. huhuhu (^_^)

Nota 8:New tokey durian in BP

Yesterday my mom told me that my little brother (Syafiq) run his new business. He selling our durian at car wash.. Wah berani sungguh jual durian tanpa lessen yer.. (^_^) huhu.. tau ler boring duduk rumah mase cuti sem.. Dengarnya lagi, dia dapat pulangan yang agak lumayan hasil daripada jualanya itu.. ceh!!.. Nak nasib baik aku tak der kat kampung.. Buah durian kat rumah kami nie special sikit, umur pokok tu sahaja ada yang sudah melebihi usia adik-beradiku, mungkin ada yang berusia 40 - 60++ tahun kot, because kebanyakannya ditanam oleh aruah datukku dan ader juga beberapa pokok yang ditanam oleh ayahku sendiri masa kami kecil-kecil dulu.. So buahnya tak payah la cerita memang sedap punya beb kalah buah-buah durian kacukan dan durian siam yang ko orang biasa beli tu...

Anda mahu durian yang super sedap?. Cari la mamat nie kat car wash berhampiran..

Saturday, June 20, 2009

Nota 7: Cuci-cuci services..

Semalam aku dan rakan niagaku Anuar @ Mr. Jaz telah berjaya melakar satu lagi sejarah baru setelah hampir 6 tahun kami berniaga Cuci-Cuci. Antara rekod yang berjaya kami lakukan ialah:
  1. Berjaya mencuci di atas bumbung bangunan - ini juga merupakan kesempatan yang mungkin datang sekali seumur hidup.
  2. Berjaya tidak menghabiskan cucian - Kerana kami telah mengangkat kaki sebelum keja-keja mencuci selesai disebabkan kami sudah kepenatan.
  3. Berjaya mencuci kubah walaupun sedikit yang mana kami biasanya cuma mampu mencuci pinggan mangkuk, baju, aquarium dan yang habis besar pun kereta jer.
  4. Berjaya menidurkan diri sendiri setelah sampai ke bilik.

Ni la gambar kubah yang hendak dicuci

Wei pegang tangga tu betul wei... kang aku jantuh nanti..huhuhu..


Note: Terima kasih kepada HP En. Anuar yang sudi mengambil gambar ini.

Bonus: Lawak pagi.. huhu..


Kalo sudah menjadi satu-satunya
BANK yang berjaya dan diminati ramai.. macam nie la jadinya.. mesti ramai yang Q walaupun ader BANK-BANK cawangan lain.. Ko orang mesti pernah alami nyer kan???... betui tak...Alang-alang menunggu tu meh la bace cite-cite lawak kat bawah nie biar teburai isi perut tu.. huhuhu..(^.^)


Citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..

Citer 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk
meminta derma. Derma
untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Citer 3
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu
awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti
awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk........ Benci ........

Citer 4
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!


Citer 5
Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It
happen at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru jer
balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler tapi memang dia
betul-betul mabuk. So masa on the way home she got blocked from the
police officer and asked for her driving license and so on but
unfortunately at the same time tu, there was an accident happen a cross
the road. Quite major jugaklah accident and the policeman leave her and
rushed to the accident scene.So this stupid girl dah gabra tak tahu nak
buat camne, she just ran off back to her car and head straight back home
in Klang.
So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu tanya
dia, "AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?"
Pompuan ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER."
So polis tu tanya lagi, "BETUL KER???"
Pompuan tu jawab, "BETUL ENCIK SUMPAH SA
YA TAK GI MANA2, TANYA LER NGAN
HOUSEMATE SAYA."
So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP"
Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??"
Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg malam
tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna putih (wira)
cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak pasal2 kena
saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun..


Citer 6

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan
pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan
kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya
mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

Citer 7

Seorang posmen yang datang menghantar surat.
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"

Citer 8
Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

Friday, June 19, 2009

Nota 6: Cerita kemanusiaan..

Tersentuh, sedih, dan kecewa... pagi nie aku dok dengar Paknil calling2 dalam program "Bertanya Kabar" di ERA. Ader la cite pasal seorang balu yang kecawa dan tertekan akibat sifat si ibu mertua yang cuba merampas hak seorang isteri termasuk satu-satu cahayamata peningalan suaminya. Beliau juga meluahkan rasa terkilan dengan sikap ahli keluarganya sendiri yang suka menekan nyer.. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada beliau.

Thursday, June 18, 2009

Transformers: Revenge of the Fallen Banner

BONUS: Senyum sengih..

Pic nie den curik dari account divenart orang lain... just nak kongsi kehebat nyer sabun Dobi.. boleh dibuat sabun basuh, ubat gigi, dan syampoo... Tapi hebat mana pon sabun itu, hebat lagi Aunty yang drag sambil memegang bulu ayam itu.. huhu.. (^.^)


1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

Tuesday, June 16, 2009

Nota 5: Hujung minggu yang boring..

Hujung minggu lepas merupakan hujung minggu yang paling boring dalam sejarah sehingga menyebabkan aku sakit perut sehingga hari ini (Ini serius!!..) sakit nyer mampu membuatkan aku kerap ketandas.. (T.T)

Aktiviti makan aiskrim di Faley bersama Anuar merupakan aktiviti yang wajib sepanjang hujung minggu tersebut, selain itu 3 mangkuk aiskrim juga menjadi santapan kami.. (apa yang menyebabkan kami sakit perut pun kami tak tahu sehingga kini)

Antara hasil kurang nyer kerja..



Monday, June 15, 2009

Nota 4: Perjalan ke Kedah

Untuk mengelakkan aku terus baring terlantar demam tanpa membuat sebarang aktiviti.. meh aku kongsi sikit aktiviti jalan-jalan ke Kedah setelah 14 tahun (last pergi kedah masa darjah 5)...
huh.. syok giler dapat jalan pergi kedah walaupun cume pergi menghantar abangku pergi majlis pernikahan dan perkahwinan nyer dan balik tanpa sempat berjalan ke pekan rabu dan sebagai nyer...Negeri jelapang padi nie memang cantik.. ditambah dengan kehijauan sawah nyer... sangat menenangkan jiwa bila melihat pemandangan nyer.. memang berbaloi..






Nota 3: Cuti Balik Kampung...

yellow!!.. sori lama tak post blog... cuti-cuti malaysia la katakan hu... hu... hu... Semperna cuti sekolah yang lepas aku telah berjaya pulang ke kampung untuk menghadiri dan memerah keringat untuk majlis kenduri kawen abangku Mohd Sufian dan kakak baruku Siti Zaitun...

Erm.. kat bawah nie ader gambar-gambar sekitar majlis menyambut menantu dirumahku..




Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Related Posts with Thumbnails