Pages

Your Ad Here

Monday, June 21, 2010

No Issue

Assalamulaikum w.b.t


Erm ko orang biase kan dengan tali leher?.. Jakun giler la kalo tak pernah pegang, lihat or pakai tali leher tu... rasa nyer dari peringkat sekolah lagi ko orang dah tau kot.. yer la kan budak sekolah kan jugak mengayakan tali leher dalam pakai uniform .. betul tak???.. tapi kalo sekolah agama yang pakai baju melayu, macam sekolah eden masa kecik-kecik dulu tak ader la kan...erm.. guru besar aje yang pakai.


Ok ler.. biase nyer pemakaian tali leher nie sinonim dengan individu terutama nyer dari kalangan eksekutif.. tak ketinggalan juga mereka-meraka yang berkerja daripada pelbagai peringkat seperti driver yang juga mengayakan tali leher dalam uniform mereka.. jangan main-main tau.. huhuhu..

pemakaian tali leher ini dapaty memberikan penerampilan yang kemas dan segak kepada si penggayanya sekaligus dapat mencerminkan kredibiliti dan tahap profesionalisme. Erm.. jangan main-main tau, walaupon sekadar tali leher, pengunaannya dapat memberikan impak yang besar pada kretampilan individu terutama nyer pada warna dan rekaan tali leher...

Ingat! tak semestinya tali leher yang malah mampu memberikan imej yang hebat.. so padai-pandai la pilih yer... pasar malam pon boleh nampak mahal kalo kena gaya nyer...

Ini ader beberapa tip berkenaan tali leher yang eden dapat dari keratan akhbar berita harian 11 oktober 2008 (dari mana muncul jangan tanya.. mungkin terselit masa pindah bilik dulu kot... huhuhu)

  1. Elak pakai tali leher klip on kerana ia tidak profesional - zaman sekolah dulu selalu guna, sebab senang nak cabut dari uniform dan tak terbelit kat leher masa nak pakai.. tapi sekarang nie ader tali leher yang dah siap lukis kat baju.. yang tu lagi best kot kalo pakai kat uniform sekolah.. ;p
  2. Bahagian hujung tali leher perlu cukup panjang mencecah pingang seluar.
  3. Pilih tali leher yang lebar nyer 8.75 cm, seeloknya hampir sama dengan lipatan baju atau jaket.
  4. Ikatan tali leher mesti sesuai dengan kolar baju. Elak sama sekali daripada ikatan terlalu besar sehingga membuatkan kolar terbuka dan jangan terlalu kecil.
  5. Warna tali leher seharusnya lebih gelap daripada warna kemeja. tp kalo kemeja dah gelap carik yang kontra sikit pon boleh.
  6. Sesuaikan tali leher dengan warna pakaian dan elakkan memakaikan warna yang sama sehingga tidak nampak rona warna berbeza. nie dah kes berat.. macam tunggul kayu.. ;p
  7. Tekstur tali leher juga harus seimbang dengan rekaan baju.
  8. Jangan pilih corak berkatun untuk ke pejabat melainkan kalo ko orang memang cikgu tabika... huhuhu.. nampak tak serius kalo pakai.
  9. Warna-tali leher yang plain seperti hitam adalah antara warna-warna yang perlu ada dalam koleksi anda..sebab sesuai untuk semua baju dan kalo nak jadi ejen MIB or FBI pon sonang.
Aha.. Kalo nak tahu.. sebenar nyer ader macam-macam teknik ikat tali leher nie.. (eden pon baru tau gak) So, tak kisah la macam mana ko orang bikin.. Janji ader rupa sudah!.. Kat bawah nie ader gamba cara-cara ikat tali leher...
Kalo nak tahu lebih lajut click link nie... (http://www.tie-a-tie.net/)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails