Pages

Your Ad Here

Wednesday, December 24, 2008

Hidup Di Makmal


Dunia Kotakku


"Aduh!.. Jam baru pukul 3.3o pg dah kena bangun dah ker.." (keluhan setiap pagi). Punya la malas diriku ini untuk menyiapkan diri pergi berjuang di makmal yang sunyi dan sepi. Selepas manikmati kedinginan air paip diwaktu pagi dan minum segelas air kosong yang mampuku sediakan diawal pagi, aku pun sergera melangkah menuju ke arah Kompleks Penyelidikan(RC).

Dalam kedinginan pagi kuredahi juga jalan yang sunyi menuju ke kompleks tersebut. Sepanjang perjalanan pelbagai imaginasi menghantui mindaku.. cerita-cerita mistik yang selalu aku dengar dari mulut rakan-rakanku mengenai kawasan kompleks tersebut mula membayangi diriku. Namun ku memberanikan diri untuk meneruskan perjalan tersebut sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran yang ku hafaz untuk memotivasikan diri sendiri. Kalau nak diikutkan buat ape nak takut, kita hanya perlu takut pada Tuhan yang isa sahaja.. tapi dah menjadi lumrah manusia yang lemah iman mudah dipengaruhi dengan hasutan dan imaginasi syaitan..

Tiba dimakmal aku terus bersiap sedia untuk memulakan experimenku yang kini menjadi rutin kerjaku selama 1 bulan... sepatutnya experimen nie dah lama selesai, tapi dek kerana kekurangan kemudahan yang ada, ditambah dengan kerja-kerja RA dan kemalasanku menyebabkan experimen ini lambat dijalankan mengikut perancangan.. dah la tu.. terpaksa repit experimen ini dek kerana data yang ku perolehi tidak memuaskan hatiku.. nasib baik supervaisor aku tak kisah. (harap-harap lepas ini tiada masalah lagi). Lewat pukul 5.15 ptg biasanya semua kerja-kerjaku selesai.. selepas berehat seketika setelah seharian berdiri aku pon pulang ke bilik. Erm.. boring2.. nasib baik ada radio kecil yang sentiasa menemani kesunyianku..
Menjelang hari Christmas yang bakal menjelang ini kawanku yang juga merupakan student under Dr. Ahmad memintaku menjagakan haiwan peliharaan keluarganya.. (jadi pet shop kejap).

Bercerita tentang supervaisorku nie (Dr. Ahmed), banyak kisah menarik tentang dia... Aku kenal Dr. nie masa digree lagi. Dia nie antara salah satu pensyarah yang aku kagumi.. super rajin. Walaupun bukan warga negara Malaysia dia sangat iklas mendidik anak bangsa dan sering menyebabkan aku selalu teruja dan ingin terus belajar. Masa mula2 kenal dia dulu cuak la jugak because x-supervaisor aku CW sering kenakan aku.. tapi tak sangka la Dr. Ahmed nie baik bebenor orang nyer... tapi aku selalu jer tertelan perkataan biler jumpe Dr. nie, maklumlah kena speaking Landon cakap jawa dia tak paham, yang dia tau telur dadar.. hahaha!..

Gambar RC berlatar belakangkan Bukit Nyabau

Ikan-ikan peninggalan Auldry untuk ku jaga semperna dia balik Christmas.
Buat Sup ikan sedap ker?..



Tuesday, December 23, 2008

Banyak sangat cite nak tulis tapi tak tau nak mulakan yang mana satu.. compius!..

Erm.. mari kite mulakan dengan kisah kekasih hati ku yang bernama Madiha nie. Dia nie anak kakak tunggal ku merangkap kakak sulung dalam family. Kira nyer Madiha nie cucu pertama mak dan ayahku la nie. Excited giler dapat anak sedara, paling dasyat abang and adikku maklumlah diaorang ada kat kampung masa kakak ku bersalin plus kami tak pernah ader adik perempuan dalam family.

Birthday pertama Madiha macam-macam dia dapat expecially dari mak, ayah and abangku.. maklumlah depa ada duit.. mase tu lak aku baru aje pokai and tengah dok sibuk cari keje.. Tapi kire ok la tu dah kire banyak tu yang dia dapat..hehehe.. (jangan marah Madiha). Uncle bukan kedekut, saje jer tak nak mewahkan Madiha.. Birthday 2 tahun pulak aku masih berada diperantauan. Nak SMS wish birthday dia pon tak reti nak balas, call pon bukan pandai nak angkat... hehehe.. Sorry la Madiha yer.. nanti next birthday, uncle up siket hadiah tu ok!..Bulan September tahun depan birthday Madiha yang ketiga tahun 2 hari selepas birday makku..

Sekarang nie Madiha mesih pelat-pelat lagi cakap tapi sibuk jugak nak cakap kat pone mase call mama dia..(Budak-budak biasa la tu).Gambar-gambar kat bawah tu gambar dari dia kecik sampai la nie (sorry madiha uncle lupe letak kat mana gambar Madiha masa dalam bedung tu). Madiha nie masa kecik rabut dia pergeh!.. tecacak tu.. suke usik rambut dia, dah besar sikit nie tak nampak la pulak.. dah semkin comel dah.. harap-harap dah besar nanti menjadi semakin ayu dan menjadi anak yang solehah..


Wednesday, December 17, 2008

Kembali..

Wakakaka... Hihi.. Huhu.. (gelak guling-guling)
Ai.. dah lamer giler dah tak menulis kat blog nie erm.. sejak lepas abis digree kot.. bukan ape lupe password punye hal.. punya la malas nak recover balik password... tibe-tiba pulak rajin hari nie.. Dah setahun lebih tidak menulis tentu banyak yang mahu dicoretkan.
Related Posts with Thumbnails